Ahad, 3 Mei 2009

Sejarah Ringkas MPK Setia B

MAJLIS PERUNDINGAN KAMPONG SETIA B

Kampong Setia terbahagi kepada 2 bahagian iaitu Kampong Setia A dan Kampong Setia B. Kampong Setia B adalah sebuah kampong terletak di Mukim Sungai Kebun. Ia mempunyai seorang ketua Kampong iaitu Haji Kamis bin Haji Metassan. Kampong Setia B wujud setelah penduduk kedua kampong melebihi keramaian penduduk dan lokasi yang agak panjang.

Pada tahun 1976 Kampong Setia di pecah menjadi dua buah kampong. Penduduk Kampong Setia B pada masa itu melebih dua ribu orang penduduk tetap. Ketua Kampong Setia B pertama, Haji Musa bin Pengarah Haji Jair setelah penduduk kampong mengundi beliau sebagai ketua Kampong yang baru. pada tahun akhir 80an, seorang ketua kampong pula dipilih oleh penduduk kampong, Hj Kamis bin Hj Metassan.

Letak kampong setia B berhadapan dengan Pulau Sibungur, di sepanjang sungai brunei dan dibelakangnya terdapat jalanraya menuju kampong Kasat dan Putat.

Untuk datang Ke kampong Setia B, boleh melalui air dan boleh melalui jalanraya melalui jalan kasat. Melalui air hendaklah menggunakan bot dan bayaran setiap seorang 50sen jika ramai dan jika seorang bayarannya $1.00 (melalui Jetty Kampong Sungai Lampai), tetapi jika kita turun di tebing sungai kianggeh, bayaran $2.00-$3.00 dan tertakluk kepada keramaian penumpang.

BEBERAPA KEMUDAHAN KERAJAAN:
1. Letrik.
2. Air.
3. Telefon.
4. Jetty.
5. Jambatan pail.
6. Paip bomba.
7. Sekolah Ugama.

BEBERAPA KEMUDAHAN PENDUDUK:
1. Perahu Tambang.
2. Perahu Tambang Bas Laut.
3. Perahu Speedboat.
4. Dua buah Surau.
5. Perahu Pekayuh Lumba.
6. Perahu Marin (untuk mengambil dan menghantar penuntut sekolah).

PEKERJAAN SENDIRI
1. Nelayan.(pemukat, perambat, pembintur, pengail, perawai, pengabat, pembubu, dll)
2. Pemandu Speedboat.
3. Pembakau.
4. Penambang.
5. Pemburis perahu.
6. Pembuat makanan melayu.
7. Perkhidmatan kanak-kanak kusut.
8. Pakar pengurut (udah makin berkurang ada 2 tiga orang lagi tinggal).
9. Pendondang, Pemantun.
10. Pembuat rumah (kontrek menyimen tiang, park dan lantai batu.)
11. Tukang kayu.
12. Tukang pembuat perkakas dalam rumah (meja, kursi, almari, dll) daripada nibung.
13. Kraftanan (bayung, talaya, katupat dll).
14. Tenanun Brunei.
15. Perkhidmatan membuat pukat dan rambat.
16. dll.

pekerjaan di atas sebenarnya boleh mengurangkan pengangguran belia. banyak perkara yang mudah dipelajari dan boleh mendatangkan untung, sikit-sikit lama-lama jadi bukit, belajarlah dari kecil supaya dapat perusahaan yang lebih besar. seperti no.1, 6, 10, 12, 13, 15 kerana perkara ini tidak memperlu budget yang banyak.


AHLI JAWATANKUASA MAJLIS PERUNDINGAN KAMPONG SETIA B

Majlis Perundingan Kampong Setia B ditubuhkan pada 30 Jun 1993 iaitu setelah diadakan lantikan seluruh kampong selama tiga hari perjumpaan dengan penduduk kampong bagi 3 zon. Kampong Setia B mempunyai 3 zon:
1. Zon 1 Pengarah Haji Jair bin Japar.
2. Zon 2 Haji Bakar bin Japar.
3. Zon 3 Haji Metassan bin Mohamad.

Satu lantikan AJK Majlis Perundingan Kampong Setia B pada 30 Jun di mana AJKnya yang pertama iaitu:
Pengerusi: Haji Kamis bin Haji Metassan.
Timb Pengerusi: Haji Musa bin Pgh Haji Jair.
Setiausaha: Awg Haji Japar bin Hj Ibrahim.
Timb. Setiausaha: Awg Hj Aji bin Haji Lakat.
Bendahari: Haji Tarip bin Haji Metassan.

AJK Kedua iaitu:
Pengerusi: Haji Kamis bin Haji Metassan.
Timb Pengerusi: Haji Majid bin Hj Tengah.
Setiausaha: Awg Haji Japar bin Hj Ibrahim.
Timb. Setiausaha: Awg Hj Aji bin Haji Lakat.
Bendahari: Haji Tarip bin Haji Metassan.

AJK ini masih dijawat sehingga pertengahan tahun 2006.

Ditulis oleh Japar Brahim: - Setia B

Tiada ulasan:

Catat Ulasan