Khamis, 7 Mei 2009
Majlis Doa Arwah Sekampong bagi Kampong Setia B
Tahlil dan Doa Arwah Sekampong Anjurang MPK Setia B dan penduduk serta disertai oleh penduduk kampong disekitarnya dan keluarga-keluarga Kampong Setia yang berpindah ditempat lain. Majlis ini diadakan di Dewan Sekolah Ugama BPUK Hj Awang Umar Kampong Setia. TAhlil dan Doa Arwah ini adalah projek tahunan MPK Setia B.
Majlis bergotong-royong tahlil sekampong oleh penduduk kampong.
Bekerjasama dan bergotong-royong menyusun kursi dan meja sehari sebelum acara diadakan. ia mendapat sambutan dari penduduk kampong dari semua peringkat kanak-kanak, remaja, dewasa dan warga emas.
Selepas majlis, acara menapau (tidak membazir kerana membazir itu adalah keluarga syaitan).
Semasa majlis bermula, Ketua Kampong Setia B Haji Kamis bin Haji Metassan, Penghulu Mukim Sungai Kebun Patih Dato Paduka Haji Masri bin Mail dan Ketua Kampong Setia A Pengarah Haji Kapitan bin Pengarah Haji Basi antara jemputan yang diundang hadir pada majlis Tahlil dan Doa Arwah Sekampong Anjuran MPK Setia B.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan