SEJARAH KAMPONG SETIA
Kampong Setia terletak kira-kira satu kilometer dari Bandar Seri Begawan. Ia adalah salah sebuah kampong dalam kawasan sungai Brunei di antara kampong-kampong air lain. Kampong setia adalah kampong yang terpanjang sekali di antara kampong-kampong air di Sungai Brunei.
Majoriti penduduk kampong setia adalah bekerja sendiri seperti menangkap ikan, perusahan jualan kayu bakau, padian, dan sebagainya.
Menurut Patih Dato Paduka Haji Masri bin Mail yang ditemuduga pada 27hb. Ramadhan, 1424 bersamaan dengan 22hb. November, 2003 bahawa pada tahun 1965, beliau beserta Al Marhum Haji Jair bin Japar (bergelar Pengarah), Haji Kapitan (sekarang bergelar Pengarah) bin Pengarah Haji Basi telah menghadap Al Marhum Sultan Omar Ali Saifuddin Saadul Khairi Waddin, Sultan Brunei mencadangkan nama Setia kepada baginda untuk kampong Setia yang sebelum ini belum bernama tetapi masih digelar kampong Rangau. Penamaan ini adalah berdasarkan bahawa setiap kali perayaan Al-Marhum maka secara keseluruhan penduduk kampong akan ikut serta menyambut dan meramaikan hari keputeraan baginda. Mereka akan datang menggunakan tongkang beratapkan daun dan bermalam dalam sungai kiangeh.
Menurutnya lagi, penamaan Setia ini sebenarnya dirasmikan setelah Awang Masri bin Mail dilantik menjadi Ketua Kampong Setia pada 1hb. April, 1976, dan gelaran Patih oleh Al-Marhum berlangsung pada 9bh. Februari, 1968. Sempena dengan lantikan Patih Awang Masri bin Mail secara rasminya nama Setia di namakan kampong ini sebagai Kampong Setia.
Penamaan Kampong setia adalah atas perkenan Al Marhum Sultan Omar Ali Saifuddin Saadul Khairi Waddin, Sultan Brunei pada masa itu.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan