Jumaat, 15 Mei 2009

Peraturan Lembaga Pengelola dan Majlis Perundingan Mukim dan Kampong

Peraturan Lembaga Pengelola dan Majlis Perundingan Mukim dan Kampong

ISI KANDUNGAN

1. Pengenalan dan Tujuan.
2. Penubuhan Lembaga Pengelola
3. Keahlian Majlis Perundingan
4. Lantikan dan Pemilihan Ahli Majlis Perundingan
5. Mesyuarat Penubuhan dan Pemilihan Serta Lain-Lain Mesyuarat dan Korum Mesyuarat
6. Notis dan Panggilan Mesyuarat
7. Tempoh Khidmat Majlis Perundingan
8. Syarat Kelayakan Menjadi Ahli Majlis Perundingan dan Menghadiri Mesyuarat Anak-anak Kampung
9. Kedudukan dalam Majlis Perundingan
10. Bidang Kuasa dan Tanggungjawab
11. Kewangan dan Harta
12. Akaun dan Audit
13. Rampaian



1. Pengenalan dan Tujuan.
(1) Pengenalan
Peraturan ini adalah mengenai penubuhan Lembaga Pengelola menerusi Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri yang mana menggantikan Jawatankuasa Perhubungan yang ditubuhkan menerusi warkah bilangan HMO/JPM/CXX1 bertarikh 28 Ogos, 1984 dan juga penubuhan Majlis Perundingan Mukim dan Kampung yang mana terdapat di mukim-mukim dan kampung-kampung (dalam peraturan ini digelar Majlis Perundingan)

(2) Tujuan
Tujuan penubuhan Majlis Perundingan Mukim dan Kampung:-
(i) Mengukuhkan keberkensanan instituti Ketua Kampung dan Penghulu Mukim sebagai teras kepimpinan akar umbi;
(ii) Memupuk semengat kewarganegaraan yang baik dalam mendukung kepimpinan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam; dan
(iii) Merancang serta mengusahakan rancangan-rancangan bagi kesejahteraan rakyat dan penduduk.

2. Penubuhan Lembaga Pengelola
(1) Bagi maksud peraturan ini satu Lembaga Pengelola (selepas ini digelar "Lembaga") akan ditubuhkan yang mana ahli-ahlinya dilantik oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam terdiri seperti berikut:

(a) Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri - Pengerusi.
(b) Timbalan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri - Timbalan Pengerusi.
(c) Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri - Setiausaha.
(d) Setiausaha Tetap Jabatan Perdana Menteri - Ahli.
(e) Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan - Ahli.
(f) Setiausaha tetap Kementerian Undang-Undang - Ahli.
(g) Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama - Ahli.
(h) Pegawai-pegawai Daerah - Ahli.
(i) 4 orang ahli yang dilantik daripada kalangan Penasihat -Penasihat Majlis Perundingan Mukim.

(2) Kuasa, pengurusan dan kawalan ke atas Majlis Perundingan adalah dikelolakan oleh Lembaga menerusi KEmenterian Hal Ehwal Dalam Negeri (selepas ini disebut Kementerian).

(3) Lantikan ahli menurut perenggan (2) (1) (i) peraturan ini adalah bagi tempoh dua tahun tetapi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam boleh memendek atau melanjutkan tempoh kuat-kuasa lantikan tersebut.


3. Keahlian Majlis Perundingan
(1) Keahlian Majlis Perundingan Kampung adalah seperti berikut:
(a)Penasihat atau Penasihat-penasihat yang dilantik oleh Pengerusi Lembaga dengan perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam terdiri daripada orang-orang kenamaan;
(b)Pengerusi iaitu Ketua Kampung;
(c)Penolong Pengerusi;
(d)Setiausaha;
(e)Penolong Setiausaha;
(f)Bendahari;
(g)Tidak kurang enam (6) dan tidak lebih sepuluh (10) orang Ahli.

(2) Keahlian Majlis Perundingan Mukim adalah seperti berikut:
(a)Penasihat-penasihat yang dilantik oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dari kalangan orang-orang bergelar, Menteri-menteri dan Timbalan-timbalan Menteri Kabinet;
(b) Pengerusi iaitu Penghulu Mukim;
(c)Penolong Pengerusi;
(d)Setiausaha;
(e)Penolong Setiausaha;
(f)Bendahari;
(g)Ketua-ketua Kampung; dan
(h)Ahli-ahli lain yang dilantik atau dijemput oleh Lembaga yang mana termasuk Imam-imam Masjid dalam Mukim, Pengetua-pengetua/Guru-guru Besar Maktab/Sekolah dalam mukim dan wakil-wakil persatuan dan syarikat terkemuka dalam mukim.



4. Lantikan dan Pemilihan Ahli Majlis Perundingan
(1) Majlis Perundingan Mukim
(a) Majlis Perundingan Mukim akan memilih dan melantik dari kalangan ahli-ahli menurut Peratuan 3 (2)(c)-(h) menjadi Penolong Pengerusi, Setiausaha, Penolong Setiausaha dan Bendahari; dan
(b) Majlis Perundingan Mukim dalam mesyuaratnya akan menetapkan wakil-wakil persatuan dan syarikat-syarikat perniagaan terkemuka yang difikirkan layak menjadi ahlinya setelah berunding dengan persatuan dan syarikat berkenaan.
(2)Majlis Perundingan Kampung
Penolong Pengerusi, Setiausaha, Penolong Setiausaha, Bendahari dan Ahli-ahli Majlis Perundingan Kampung adalah dipilih dalam Mesyuarat Anak-anak Kampung.

5. Mesyuarat Penubuhan dan Pemilihan Serta Lain-Lain Mesyuarat dan Korum Mesyuarat
(1) Lembaga Pengelola menerusi Pegawai Daerah dan Ketua Kampung akan mengaturkan Mesyuarat Anak-anak Kampung bagi maksud Peraturan 4(2) yang dinamakan Mesyuarat Penubuhan Majlis Perundingan Kampung dan Pemilihan Ahli-ahlinya. Majlis Perundingan Kampung yang ditubuhkan selepas itu bolehlah mengadakan mesyuarat biasa tiadak kurang sekali dalam sebulan.
(2)Majlis Perundingan Kampung bolehlah dari semasa ke semasa apabila difikirkan mustahak mengadakan Mesyuarat Anak-anak Kampung iaitu tidak kurang dalam tempoh 3 bulan sekali bagi membincangkan mana-mana perkara termasuk perkara-perkara khusus.
(3) Majlis Perundingan Kampung akan mengaturkan Mesyuarat Tahunan Anak-anak Kampung dengan agenda-agenda yang termasuk seperti berikut;
(a) Doa pembukaan Mesyuarat Tahunan dan Ucapan Pengerusi;
(b)Mengesahkan Minit Mesyuarat Tahunan;
(c)Membentangkan Laporan Kegitatan;
(d)Membentang dan mengesahkan Penyata Kewangan:
(e)Membahaskan usul/cadangan;
(f)Hal-hal lain yang berkaitan dengan kebajikan kampung.
(4) Lembaga menerusi Pegawai Daerah dan Penghulu Mukim akan mengaturkan Mesyuarat Penubuhan Majlis Perundingan Kampung. Setelah penubuhannya, Majlis Perundingan Mukim bolehlah mengadakan mesyuarat biasa tidak kurang sekali dalam dua bulan, dengan agenda-agenda yang termasuk seperti berikut;
(a) Doa Pembukaan Mesyuarat dan Ucqapan Pengerusi;
(b)Mengesahkan Minit Mesyuarat;
(c)Perkara-perkara berbangkit;
(d)Laporan Kampung-kampung;
(e)Usul/cadangan dan hal-hal lain yang berkaitan dengan kebajikan mukim.

(5)(a)Korum yang mencukupi bagi melangsungkan mesyuarat Majlis Perundingan adalah ditetapkan dengan kiraan separuh dari bilangan ahlinya;
(b) Korum yang mencukupi bagi melangsungkan Mesyuarat Anak-anak Kampung adalah ditentukan menurut budibicara Pengerusi dengan persetujuan anak-anak kampung yang hadir. Dalam apa halpun bilangan yang akan ditentukan itu hendaklah tidak kurang dua kali ganda dari bilangan anggota Majlis Perundingan Kampung;


6. Notis dan Panggilan Mesyuarat
Notis atau penggilan mesyuarat bagi maksud peraturan ini hendaklah dibuat dan dihantar tidak kurang 7 hari sebelum mesyuarat diadakan. Tempoh ini tidak terpakai dalam keadaan luar biasa yang memerlukan mesyuarat diadakan serta merta.

7. Tempoh Khidmat Majlis Perundingan
Tempoh khidmat Majlis Perundingan hendaklah tidak melebihi dua tahun melainkan ditetapkan sebaliknya oleh Lembaga dengan perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.


MAAF BELUM HABIS DITAIP!!!!!!!!!!!!!

8. Syarat Kelayakan Menjadi Ahli Majlis Perundingan dan Menghadiri Mesyuarat Anak-anak Kampung
(1)
(2)
(3)


9. Kedudukan dalam Majlis Perundingan

(1)
(2)

10. Bidang Kuasa dan Tanggungjawab.
(1) Di samping mempunyai kuasa dan tanggungjawab yang ditetapkan menurut Peratuaran 2 (2) Lembaga juga boleh:
(a) Menyembahkan nasihat (atau pandangan)
(b) Sekiranya difikirkan perlu, merujukkan perkara-perkara
(c) Mengambil langkah-langkah

(2) Penasihat Majlis Perundingan adalah mempunyai bidang kuasa dan tanggungjawab:
(a) Menasihatkan Majlis Perundingana dalam
(b) Mengadakan perundingan sesama Penasihat dari

(3) Majlis Perundingan adalah mempunyai bidang kuasa dan tanggungjawab:
(a)
(b)
(c)
(d)
(e)
(f)

11. Kewangan dan Harta
(1)
(2)
(a)
(b)
(3)

12. Akaun dan Audit
(1)
(2)
(3)

13. Rampaian
(1)
(2)
(3)
(4)
(5)


dipetik daripad buku Peraturan Lembaga Pengelola dan Majlis Perundingan Mukim dan Kampong
dikeluarkan oleh: Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Negara Brunei Darussalam. Ogos 1992.

Khamis, 7 Mei 2009

Bersama Rakyat di Jerudong Park Sempena Hari Keputeraan KDYMM



Majlis Doa Arwah Sekampong bagi Kampong Setia B

Tahlil dan Doa Arwah Sekampong Anjurang MPK Setia B dan penduduk serta disertai oleh penduduk kampong disekitarnya dan keluarga-keluarga Kampong Setia yang berpindah ditempat lain. Majlis ini diadakan di Dewan Sekolah Ugama BPUK Hj Awang Umar Kampong Setia. TAhlil dan Doa Arwah ini adalah projek tahunan MPK Setia B.

Majlis bergotong-royong tahlil sekampong oleh penduduk kampong.

Dua hari sebelum majlis, acara membuat poster/label bagi majlis tahlil.

Bekerjasama dan bergotong-royong menyusun kursi dan meja sehari sebelum acara diadakan. ia mendapat sambutan dari penduduk kampong dari semua peringkat kanak-kanak, remaja, dewasa dan warga emas.
Selepas majlis, acara menapau (tidak membazir kerana membazir itu adalah keluarga syaitan).
Semasa majlis bermula, Ketua Kampong Setia B Haji Kamis bin Haji Metassan, Penghulu Mukim Sungai Kebun Patih Dato Paduka Haji Masri bin Mail dan Ketua Kampong Setia A Pengarah Haji Kapitan bin Pengarah Haji Basi antara jemputan yang diundang hadir pada majlis Tahlil dan Doa Arwah Sekampong Anjuran MPK Setia B.
Jemputan penduduk wanita Kampong Setia B agak ramai dan mendapat sambutan. Setiap tahun mereka menghadiri jika ada aktiviti atau majlis yang dianjurkan oleh MPK Setia B.
Begitu juga penduduk lelaki mendapat sambutan dalam semua aktiviti atau majlis.
Majlis Tahlil dan Doa Arwah Zon 3 Lot Haji Metassan bin Haji Mohammad. Antara yang hadir dari Jabatan Daerah Brunei dan Muara ialah Ketua Institusi Penghulu dan Kampong iaitu Haji Jalil.
Pada tahun yang lain, Acara Majlis Tahlil dan Doa Arwah dengan duduk bersafrah.


Gambar Majlis Penyampaian Sijil MPK Setia B yang pertama pada 30 Jun 1993

Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam

Perarakan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam di Padang Omar Ali Saifuddin, Bandar Seri Begawan.
Undangan daripada Masjid Omar Ali Saifuddin Sambutan Malam Berzikir Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam.

Menerima lawatan luar daripada Kampong Setia B dan Melawat






Sebahagian Kraf tangan yang masih diusahakan oleh penduduk kampong setia B




Majlis Penyembelihan Korban (Hari Raya Aidil Adha)







Sedikit Kemudahan yang terdapat di Kg Setia B (ada lagi)

Sekolah Ugama Begawan Pehin Udana Khatib Haji Awang Umar, Kampong Setia

Surau Nurul Hidayah, Kampong Setia B, dibina oleh Lot/Zon 2 Haji Bakar bin Japar atas kesepakatan penduduk, Surau ini dibina pertengahan tahun 1980an secara gotong royong.



Surau Darul Sumur bertempat di Lot/Zon 3 Haji Metassan bin Mohammad. Dibina atas kesepakatan penduduk Lot/Zon secara bergotong-royong.


Balai tempat menyimpan perahu lumba.

Jetty Kerajaan. Memudahkan rakyat dan penduduk di Kampong Setia B untuk kegunaan waktu air tuhur (kering) dan tempat berteduh dari panas dan hujan. Jetty ini sering digunakan ketika waktu siang dan malam. Disamping itu, jetty ini juga digunakan bagi pemantauan perkara-perkara yang kurang elok dilakukan oleh orang yang tidak bertanggungjawab.

Sambutan Hari Raya Aidilfitri dan penyampaian derma anak-anak yatim





Gambar Semasa Pameran di Pejabat Daerah Brunei dan Muara

Kampong Setia B dianugerahkan sebagai
Kampung Terbaik pada tahun 2001.
Gambar-gambar yang sempat dipamirkan semasa Lawatan Kerja Duli Yang Teramat Mulia Pengiran Muda Mahkota Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Muizzaddin Waddaulah.

Struktur Organisasi Ahli Jawatankuasa Majlis Perundingan Kampong Setia B, Bira Wanita, Pengawasan Kejiranan Kampong Setia B dan beberapa gambar semasa lawatan KDYMM dari Kampong Setia hingga ke Kampong Pudak dan gambar-gambar aktiviti lain.
Hasil Kraftangan dari penduduk Kampong Setia B termasuk Kraftangan yang dibuat secara part time oleh Haji Mahruf bin Piut.